May 21, 2005

Koreksi Di Hari Lahir (20.05.2005)

Bila aku pandang ke kiri. Dalam keadaan duduk ini, aku akan nampak segenap kawasan kampus. Indah. Dan pagi jua petang layaran ini lah yang buat aku bahagia. Hari ini aku bahagia. Entah kenapa. Walau sebenar aku ingin menangis, hati aku hiba.

Kadang tak sedar. Hidup ini aku lalui bersahaja. Sesuka hati nak buat apa. Ya, selalu melewati apa yang dikata batas. Bila Kak Ana mengingatkan aku tentang hal BATAS dalam bual kami, aku senyum sendiri [sebenar malu]

Sejak aku kenal diri, aku rasa begitu indah. Hidup ini banyak mematangkan, pun mengajar bagaimana untuk lebih bahagia. Bila segala yang dikatakan pengalaman itu bersadur dengan ilmu, maka akan bergaul satu kisah seorang kembara. Itu AKU, yang sedang berjalan di bumi Tuhan.

Ya, aku belajar yang pahit akan berbuah kemanisan bila saja ditempuh sabar. Di situ Tuhan beri aku keenakan dalam melihat hikmah. Denai yang sukar akhirnya membawa aku ke lautan kehidupan. Bawa aku berjalan di tepian pantai dan bila aku menaiki kapal, aku semakin dibawa gelombang

Taksub terkadang melihat keindahan sampaikan aku terlupa yang kapal bisa karam. Di situ aku kembali teringatkan batasan dan peraturan dalam hidup. Ya, hidup di atas air, di tepi pantai atau ketika berjalan di denai kusam.

Segala yang ditempuh ada peraturannya, mana ada yang boleh buat sesuka hati. Akhirnya jika ikut dengan kadar sedia, kita akan selamat ke destinasi sebenar, pada sebuah pelayaran..itulah DESTINASI CINTA.

Aku cerita tentang kehidupan. Kehidupan yang telah aku lalui. Yang manis, pahitnya. Berbuah seloka dan irama duka. Nikmat ketenangan itu wahid dalam diri kerana itu tanda bahagia.

Bila dikata aku hebat..jangan!! Aku bukan terhebat sebab sebenarnya aku masih sempit. Malu nak menerima puji sebab itu sebenar bukan aula buat aku.

Ahh!! Jauh dari hipokrasi. Aku cuma ingin jadi diri sendiri, melatih dan mengeluar potensi diri, mengecap nikmat kehidupan. Aku tak kan layak untuk pujian insan..kerana apa dasarnya itu semua??

Bila cuma mendetikkan bangga diri, baik tak usah sebab aku takkan layak. Benar, aku kenal siapa aku. Biar saja aku gembira..asal tak dipuji melangit, dan pohon tak dikeji membingit. Itu sakit. Aku pilih di tengah dan rasa selamat bersama sederhana dari setiap seginya.

Hati ini memang selalu gelita sebab aku sendiri yang pergi memadam pelita yang makin kelam.

Tuhan beri aku pilihan. Tuhan beri aku kehidupan. Dan aku berkira sendiri..apakah telah aku laksanakan semua tanggungjawabku; sebagai insan dunia, hambaNya, anak, sahabat, pelajar atau karib masyarakat?? Bertanya lagi..dan kaki terus melangkah. Usia makin tambah..aku rasa banyak alpa dari sedar akan amanah yang diberi Tuhan.

Aku ingin lihat kedamaian. Memilih damai, aku seharusnya lebih rapat pada DIA sebab pada ketika itu hikmah akan mengajar bagaimana aku bisa berjaya mengemudi hidup dan mencintai diri sendiri, meletakkan hati dan berkongsi nikmat cinta pada yang sejati.

Terus. Sedar aku bila kesesatan. Aku masih rasa dipimpin, walau aku yang leka. Aku terasa DIA sudi lagi memantau dan aku berlari segera, mendakap kembali bahagia yang aku tinggalkan. DIA melihat..aku ingin terus bahagia ini.

Tuhanku..beri aku penamatan yang indah. Tak kuat untuk aku menjadi abdi yang paling setia. Selalu terjatuh bila ku cuba bangkit. Itu sakit. Tahu?? Walau selalu aku lebih bernafsu pada kesesatan tapi jauh di dalm qolbu, aku mahu lari sejauhnya..berlari mencari destinasi cintaMu.

Dan KAU tentunya tahu apa yang terbaik buatku. Dekatkan aku pada cintaMu. Tuhanku..ini hambaMu yang penuh dosa..moga aku tetap bercinta pada apa dikata cinta agung, terbaik buat pulangan sejati..yang akan tiba suatu hari nanti.

Akhirul kalam..SELAMAT HARI LAHIR wahai diri. Moga bertambah iman, tambah kebaikan, tambah ilmu dan bahagia menghadapi hari depan..ameen!!

1 comment:

Anonymous said...

makin tua makin berisi :)